Tentang KKP
Kolej Kemahiran Pahang (dahulunya dikenali sebagai Kolej Kemahiran Mekatronik) telah diasaskan pada tahun 2014. Pada bulan Mei 2019, pihak pengurusan baharu (Bumiputera), telah mengambil alih sepenuhnya pengoperasian kolej ini. Pengurusan baharu ini terlibat secara langsung dalam perkhidmatan penyediaan latihan bagi Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM & DKM) yang telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Kolej ini dimiliki sepenuhnya oleh Kemahiran Mekatronik Malaysia Sdn. Bhd yang telah mula beroperasi di ARKED MARA Mentakab (Ibupejabat) pada tahun 2021 setelah berpindah dari lokasi asal di Sri Semantan Temerloh. Di Mentakab, kursus yang kini dilaksanakan adalah peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) bidang Mekatronik & Kulinari.
Kini kami telah mengorak langkah lebih jauh dengan penubuhan pusat latihan terbaru, Kolej Kemahiran Kedah yang terletak di bandar Sungai Petani Kedah yang akan mula beroperasi pada penghujung Disember 2025.
MISI
Menjadi institusi Latihan Kemahiran terungul yang menjadi jambatan kejayaan kepada generai berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
MOTO
Kemahiran Hari Ini, Kejayaan Masa Depan.
VISI
- Menyediakan Latihan Kemahiran teknikal & vokasional (TVET) yang relevan & berkualiti tinggi.
- Melahirkan graduan yang berkemahiran,beretika dan berinovasi selari dengan keperluan indsutri semasa.
- Membangun jaringan kerjasama strategik dengan industri semasa.
- Menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan mahir yang menyumbang kepada kemajuan negeri dan negara.
Bantuan Sara Belajar
KKP menawarkan bantuan kewangan untuk memastikan semua pelajar mampu melanjutkan pengajian.
Latihan Kemahiran Bertaraf Industri
Program disusun mengikut keperluan industri dengan fokus 70% amali dan 30% teori.
Kampus Kondusif dan Menyeronokkan
Kampus yang selesa dan tenaga pengajar berpengalaman membantu pelajar belajar dengan lebih aktif dan yakin.
Alamat
Kolej Kemahiran Pahang (HQ)
Kolej Kemahiran Pahang (Cawangan Temerloh)
1-5, Jalan Chengal Baru 6, Pusat Perniagaan Chengal, 28000 Temerloh, Pahang
Kolej Kemahiran TVET Kedah
No. A1, Hadapan Sekolah Che Tom, 08000, Sungai Petani, Kedah Darul Aman
Hubungi Kami
Telefon: 09-2779290 / 017-8261110 (Admin)
Email: kemahiranmekatronikmalaysia@gmail.com
Ikuti kami di: @kolejkemahiranpahang
